Pendahuluan


Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 14 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut.

Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.

Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung.

Perusahaan membuat Labu Sayong tergolong dalam pembuatan seramik. Peredaran zaman, telah merevolusi kaedah pembuatannya daripada tradisional kepada moden.

Pembuatan tradisional
Pembuatan moden
Throwing / Teknik lemparan alin
Teknik acuan
Teknik sepuh

Berikut antara lokasi perusahaan membuat labu sayong dalam daerah Kuala Kangsar:

Kampung Kepala Bendang, Mukim Sayong Kuala Kangsar
Kampung Paya Lintah, Mukim Buaia, Padang Rengas
Kampung Kuala Dal, Mukim Buaia, Padang Rengas
Kebanyakkan lokasi perusahaan ini turut menawarkan pakej lawatan sambil belajar kepada pelbagai agensi, sekolah, IPT, dan dokumentari.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.